Quantcast
Channel: IEQAHGAJAH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 140

Krabi Oh Krabi | Sista Vacation

$
0
0
Assalamualaikum..

Bila sebut salah satu tempat percutian luar negara yang terdekat mesti Krabi is one of the list kan. Kan??

Actually, Qah decide to have Sista Vacation which is Qah nak bawak adik adik Qah si Reen and Eking pergi vacation. So decide punya decide Qah nak treat depa ke Krabi, Thailand. Tapi malangnya bila Qah usulkan pasal trip ni, Mama Qah reject habis habisan,. Katanya, "Qah cannot to bring all the sister. If anything happen Mama Qah taknak hilang semua sekaligus". *amboii. So anak dia yg degil ni tetap nak pergi. Maka si Bongsu mengalah maka untunglah jimat sikit bajet Qah bawak Reen seorang. Hahhaha.

So, past August Sista Vacation came true. Firstly let Qah sharekan what to do before the vacation:

* Ticket : Air Asia - Almost RM200 per person return (Promo)
* WhatToBring: Pakaian ( Krabi tu banyak aktiviti air so bawaklah pakaian yg bersesuaian)
                               Universal Adapter: Disebabkan plug depa lain dengan Malaysia, maka 
                               amatlah penting untuk cas battery phone and kamera.
                               Passport: Make sure passport anda masih belum tamat tempoh
                               Ubat-Ubatan: Qah memang takboleh berpisah dengan minyak cap kapak.
                               Makanan: Qah memang suka seludup jajan makan dalam flight. Heee.
*Tukaran Wang: Tukarkan Ringgit Malaysia ke Baht. Duit depa takda beza pun. 
                               100Baht almost RM10. Pepandaila bajet duit makan dan shopping.
*Study About Krabi: Qah banyak baca blog untuk tempat dan aktiviti wajib di Krabi.
*Booking Hotel:  Hotel di Krabi tu tersangatlah banyak dan jangan risau dari bajet murah
                            dan terpaling mahai. Untuk 3H2M Qah pilih hotel yang average harganya.
* Krabi Jan-April superb mahal. So kalau siapa nak jimat budget bolehke krabi Jun-Ogos

Haleeva Sunshine Resort. Disebabkan datang pun dengan adik dan nak jenjalan so Qah decide to pilih hotel biasa biasa je sebab kitorang bukannya spend time dalam bilik kan. Tapi yang buat Qah lagi pilih hotel ni sebab Jakuzi in the room. *perempuan yg obses jakuzzi. Sawadikap.

Haleeva Sunshine jugak ada outdoor pool. So memalam nak membajet lepak tepi kolam sambil minum aiq kelapa pun takdahal la bro. Hotel ni bolehlah berjalan kaki ke AoNang Beach dan Ao Nang Night market. Even staff dia pun boleh tahan friendly. Mostly hotel kat Krabi ni indah kabau dari rupa which is sebenarnya hotel mereka tersangat dekatdekat dan scenery yg biasa aje.

Sampainya di Krabi Airport, kami ambil bas untuk ke AoNang Krabi dengan harga RM15 seorang. Atau boleh ambil teksi dengan harga RM60. Jarak dari Airport ke Ao Nang almost satu jam.

*Transport: Ao Nang bersepah dengan TukTuk. So dari Hotel nak pergi AoNang Beach kalau malas jalan kaki, korang boleh naik TukTuk dengan harga RM3 Ataupun boleh sewa skuter super cute depa dengan harga rm20, rm25 sehari untuk pusingpusing satu Krabi.

*Massage: Oh pleasee, sampai Krabi jangan lupa p Massage. Urut Whole Body for sejam only RM20. Memang takkan dapat kat Malaysia, Thai Massage siap kepak kepakk badan lagi oii. Kedai Massage ni bersepah dekat Aonang Night Market.

*Makanan: Oh secara jujurnyaa Qah tak suka Makanan dekat Krabi. Susahnya nak dapat Makanan Halal. Cakap HALAL pun belum tentu Halal. Untuk malam pertama kononnya nak makan bestla sikit, makan tomyam pun dah RM30 semangkuk. So plus plus lauk lain dan RM100++. Tapi tapi apa yang sedap is NutellaPancake (sebenarnya ala ala roti canai je pun tapi lain dari Malaysia feelnye) dan Mee Celup depa. Pheww serius rindu nak makan.

*TourGuide & Pakej Best: Ah seriusly korang tak perlu pun guide kalau ke Krabi ni. Qah dengan adik Qah redahje dan dengan bantuan Google. Tak perlu susah payah booked pakej dari Malaysia sebab dekat AoNang Market ada bersepah pakej yang kita boleh negotiate harganya. So nak tahu aktiviti apa yang kitorang buat kat sana??

ANTARA AKTIVITI BEST DI KRABI..

Island Hoping : Antara pakej island hoping yang femes amous dekat Krabi is Phi Phi Island, 1100Bath dan 4Island for 400Bath including lunch oke (Chicken Island, Tup Island, Railay Island and Poda Island). Sesiapa yang pilih Phi Phi Island better ambil speedboat dan untuk 4island longtail boat is just nice.

Adik Bongsu Qah pesan, "Jalan memana berdua sila pegang tangan,nanti hilang"

Emerald Pool, pool yang mempunyai air super blue. Oh sungguh clear crystal la air kat sini. Tapi perjalanannya dari AoNang Beach almost sejam jugak. Panas montot dah duduk dalam TukTuk oi. Untuk masuk kena bayar, 200BAHT, RM20 seorang. Oh yang ni Qah frust. Kami dah amek pakej Emerald Pool+Elephant trekking  RM60seorang tapi still kena bayar untuk masuk. Phewww. Dah masuk kena jalan kaki ke Emerald pool sepanjang 1500meter. Oh penat gila tapi tapi sampai dekat Pool memang berbaloi gila.
Elephant Trekking, dah namanya IeqahGajah. Takkanlah nak lepas peluang beramah mesra dengan En.Gajah kan kan. Sejujurnya Qah ni takut gak dengan Gajah. Hahahaa
Ok, jum kita jalanjalan masuk hutan naik gajahh. Kat sini nak bagi gajah makan, Nak peluk gajah tak lepas lepas dan nak mandi dengan gajah pun boleh. 


Nota kaki: Sejujurnya, Qah dah taknak ke Krabi. Pulau Malaysia lebih cantikla bagi Qah.
So future husband, we definitely do not come here again. Opsss, Okbai.



Travellist IeqahGajah
By #LadyGagah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 140