Quantcast
Channel: IEQAHGAJAH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 140

10 Hari Pertama Ramadhan| #DiariRamadhanQah

$
0
0
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah hari kesepuluh kita berpuasa untuk tahun ini. Alhamdulillah, Qah berjaya completekan 10hari pertama Ramadhan ni. Mudahan diterima Allah.

10 hari pertama Ramadhan adalah RAHMAT- (Allah SWT memberikan keistimewaan dengan membukakan pintu rahmat yang sebesar-besarnya bagi hamba-Nya yang telah sabar dan ikhlas dalam menunaikan puasa selama 10 hari pertama dibulan Ramadhan

10 Pertengahan Ramadhan adalah PENGAMPUNAN (Maghfirah) dan 10 hari Terakhir Ramadhan adalah Itqun Minan Nar (Pembebasan dari api neraka) 


Macammana dengan Ramadhan hangpa tahun ini?? Dah berjaya rebut rahmat Allah? 
Ramadhan Qah kali ini?? Untuk 10hari pertama ni??

#Terawih: Alhamdulillah cukup 10haripertama. Kalau masjid sekangkang kera pun failed memang pukul diri sendiri. Walaupun hari pertama dan hari kedua nyaris pitam. Biasalah migrain suka menguji tahap kekuatan mental Qah nak habiskan terawih sampai ke witir.

* Alhamdulillah Qah terjumpa  surah  Al-A'raf 7:204 ni yang menambahkan kefahaman Qah tentang wanita dan solat jemaah.


#Niat puasa: Jangan lupa niat puasa setiap hari ye sayangsayang semua. Paling taknak sesia ibadah puasa kita, niat puasa sebulan siap siap.


#Sahur : Bangun sahur. Set Alarm kekuat. Alhamdulillah Qah ada Yasmie yang sentiasa jadi alarm clock Qah untuk bangun Sahur. Nasiblah dia duduk rumah Qah sepanjang Ramadhan tapi tapi disebabkan Allah bagi cuti awai pada dia maka 6 hari ja kami sempat berpuasa bersama. Yang paling best ada Yasmie ni, bangkit bangkit dah siap makanan. Dan paling tak best hari pertama Yasmie cuti, dia tak duk umah Qah, maka si Qah ni terlepas sahur. Bangkit bangkit dah azan Subuh. Ku kini bersendiri lagi, berdikari bangkit sendiri. Tapi hari selepas itu iolss berjaya bangkit, itupun sebab tak tidoq teruih. Hahaha.

*Cubaan memujuk diri sendiri untuk bangkit dari tidoq. Tapi semua depends on rezeki. Jika Allah nak bagi kita peluang bangkit , takda alarm pun bangkit. 

#Ramadhan Punya Aktiviti: Semua orang pakat nak rebut Ramadhan punya ganjaran kan. Alhamdulillah, Director  dan bos bos Qah pun memahami, katanya Qah tak perlu stay sampai malam untuk siapkan tender sepanjang Ramadhan ni, cuma if tender urgent Ahad kenalah masuk opis siangnya. Ok deal la.

Kata orang perbanyakkan baca Quran, tafsir dan fahami (Habiskan satu juzuk satu hari tapi disebabkan bakal hilang enam hari nanti, maka kena gandakan sedikit bacaan ye Qah.) tadarus, berzikir, beristighfar,  Qiamullail, bersedekah dan banyak lagi benda baik kita boleh buat dan paling penting memaafkan semua orang dan pohon maaf.

*Dan dikesempatan ini, Wan Nurul Atiqah memohon maaf atas semua silap Qah samada sengaja atau tidak kepada memana hati yang mungkin sedang membaca ini. Dengan harapan Maafkan Qah, Lillahitaala.

Please stop make assumption, based on what you see or hear because you dont know what exactly i'm facing. If you have anything to ask or I owe you, you can directly find me.Do text me. *Nak iftar sama sama pun boleh.  Qah taknak kita tersangkut kat Padang Masyar to find each other and seeking for forgiveness.

The power of Sedekah? Cubalah ikhlas bersedekah walaupun satu ringgit sehari. InshaAllah.
Doa. Doa banyak banyak. Doa sungguh sungguh. Yakin.. Dan Allah mendengar semua doa hambanya. Allahuakbar. Percayalah. Bila Allah tidak beri bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti. Dan bila dia mahu beri, tiada had masa. DIA beri jawapan, bagi rahmat, bagi ujian. Nak hadap, nak terima atau tidak pilihan kita. 

*Subhanallah, rasa tak terungkap bila Allah jawab permintaan doa kita tu lajulajuu. Allahuakbar.  Qah speechless memikirkan hal semalam. Cuma satu,  Alhamdulillah.

Ramadhan ni jugak buat Qah rindu. Rindu sangat dekat Arwah Wan Qah. *AlFatihah.
Lelagi bila dia masuk mimpi Qah duatigahari lepas. Cuma satu yang Qah ingat ayat dia dlm mimpi tu "Tunggu jap ye" Allahuakbar, rindunya. *Kabur dah keyboard ni tetiba.

#BERBUKA PUASA (IFTAR) -  Fakta iftar si IeqahGajah ni.

1. Hari pertama sahaja Qah berani p bazar sebab Qah yakin semua makanan baru dimasak dan tak dipanas berulang ulang untuk hari seterusnya. Hari first kan. *Okay orang tu pitam tepi jalan. Yasmie jugak tabah menunggu. Thankss dikmie <3

*Maka hari kedua membuat pendekatan untuk masak sendiri di rumah. Hari seterusnya masak tak sempat gambaq dah sebab pulun kann. Tapi masak pun kos tinggi la laa ni.
2. Wajib ada makanan pedaspedas tapi dah tak boleh makan pedas akibat perut yang baru pulih dan mngalahkan perut babyy la ni, makan pedas sikit pun dah sakit laa ni. Nak taknak kena makan benda lembut lembut seperti aiskrim dan yogurt. 

3. Kali pertama seumur hidup awal Ramadhan tak balik berpuasa bersama femili kat Kuantan. Allahja tahu betapa sayunya hati tapi atas komitmen kerja dan perlu berada di KL maka kutabahkan hati. *Takpaa, Cuti seminggu sebelum raya la citernya nak bukak puasa kat rumah Mama. Rindunya masakan Ma, Sungguhlah.
 *Moga cuti approve laa. . Yang lain company dah bagi tambah tiga hari ni ja.Maka cuti raya  11hb - 23 July. Heaven. Reason cutija dah buat director gelak. Gurau gurau Ramadhan sikit.

4. Pantang Allah bagi cuti, teruih penuhkan dengan iftar dengan girlfriends, dan kesayangans dekat luar, maka tak perlu risau nak kejar terawih, solat bagai. Tapi hmmm tak feel puasa plak nanti kan. Maka hari kesepuluh ni reward untuk diri sendiri bukak kat luar la dengan kesayangan. Yang lain tunggu turn na.

Pesan Mama, "bukakpuasa minum aiq putih dulu." - Bens KLCC
*Bila geng opis pun hantu durian, pas terawih sedayaupaya cari durian dan pelahap. Takpa kami nak buat misi ke BatuKurau perak plak sebab orang cakap durian sana murah dan sedap. Tunggu kami mai naa. Takpuas makan sungguhla.

5. “Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi no. 807

Yang ini paling penting. Nak pahala mudah? Menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa. Lelagi kat surau surau yang jarang orang taja. Pergi ja jumpa AJK Surau atau masjid, tanya berapa jumlah normal berbuka puasa sehari. Kalau tak mampu jadi penaja penuh untuk sehari, masjid dan tahfiz tahfiz ni jugak pecahkan lot lot  untuk bagi peluang ramai dapat pahala infak berdasarkan kemampuan masing masing. 

Kalau rajin memasak, boleh masakkan untuk jemaah surau/masjid yang ada ketika berbuka. *Bab masak ni, buli mama untuk masjid kat Kuantan la. Hahaha. Belanja kengkawan pun dapat pahala ni. Siapa nak belanja Qah berbuka? :)


Assalamualaikum. 

Ok sebelum akhirkan post Qah yang panjang berjela ni, Qah nak kongsikan sesuatu walaupun bagi Qah tipikal melayu sangat tapi ada betulnya. Niat manusia kita taktahu. 



Ayuh, Kita sempurnakan Pertengahan Ramadhan pulak naa.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 140